TENTANG KAMI

Siapa Kami?

BAM BARREL TRADING

sebuah syarikat tempatan yang berpusat di Melaka dan mengeluarkan minuman yogurt berperisa buah-buahan di bawah jenama BAM BARREL. Kami komited untuk menghasilkan minuman yang segar, berkualiti tinggi dan mampu milik bagi memenuhi citarasa pengguna di seluruh Malaysia.

Berpegang kepada slogan “BAM SEGAR, BAM JUARA”, setiap produk kami dihasilkan menggunakan bahan mentah berkualiti serta melalui proses pengeluaran yang mematuhi piawaian operasi bagi memastikan kesegaran, keselamatan makanan dan kepuasan pelanggan sentiasa terpelihara.

SEJARAH KAMI

BAM BARREL TRADING telah ditubuhkan pada tahun 2023 dengan aspirasi membangunkan sebuah jenama minuman yogurt tempatan yang mampu bersaing di pasaran melalui penawaran produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.


Sejak penubuhannya, syarikat telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan produk, penambahbaikan formulasi, pembinaan identiti jenama serta pembangunan rangkaian pemasaran dan pengedaran. Bagi memastikan operasi berjalan secara konsisten dan sistematik, BAM BARREL turut membangunkan Operations Manual yang mengandungi lebih daripada 200 Standard Operating Procedures (SOP) sebagai panduan dalam setiap aspek operasi syarikat.


Hari ini, BAM BARREL terus berkembang melalui pengukuhan rangkaian ejen, pengedar dan rakan niaga di samping menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai saluran pengedaran bagi memperluaskan capaian produk ke seluruh negara.

Marilah lihat

Kejayaan Kami

0

Bilangan Vendor

0

Bilangan jualan botol

0

Bilangan Jualan Pouch

Misi Kami

Menawarkan minuman yogurt berkualiti tinggi yang segar, selamat dan mampu milik, sambil memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan melalui produk yang inovatif serta sistem operasi yang cekap dan konsisten.

Visi Kami

Menjadi jenama minuman yogurt tempatan yang dipercayai, dikenali dan menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia serta mampu bersaing di peringkat nasional.

Komitmen Kami

Di BAM BARREL, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah jenama dibina melalui kualiti produk, kepercayaan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan. Dengan asas operasi yang kukuh serta perancangan pertumbuhan yang jelas, kami komited untuk terus memperluaskan pasaran, memperkukuh rangkaian perniagaan dan menjadikan BAM BARREL sebagai salah satu jenama minuman yogurt tempatan yang membanggakan Malaysia.